Air adalah unsur penting di dalam seluruh kehidupan di muka bumi dan merangkumi hampir 70 persepuluh kandungan bumi dan tubuk manusia. Menurut Lees, T, 2007, air mempunyai kualiti yang unik. Ini membuatkan ia hampir sempurna sebagai persekitaran atau median untuk melakukan aktiviti kecergasan. Unsur keapungan memberikan suatu perasaan keringasan yang mengurangkan takanan medium aktiviti kecergasan bagi semua peringkat usia dan keupayaan fizikal manusia.
Terdapat pelbagai istilah telah digunakan pada masa kini umpamanya terapi air, terapi hidro, dan terapi akua. Kepelbagaian kaedah dalam terapi air boleh digunakan seperti mandi sauna, pergerakan asas atau asas renang di dalam kolam, rendaman, malahan penggunaan sendi dan otot turut dianggap sebahagian daripada terapi air.
Rawatan menggunakan air telah diaplikasikan oleh masyarakat terdahulu bagi mengekalkan kesihatan berdasarkan penemuan runtahun tab mandi kuno di pakistan. Manakala masyarakat Rom, mereka telah menghindarkan masalah kesihatan dan penyakit. penggunaan air dalam perubatan juga telah dikesan dalam sejarah masyarakat Cina, Jepun, India, dan Yunani. Namun begitu, terapi air dipelopori oleh paderi Bavaria Jerman iaitu Sebastian kneipp pada awal kurun ke- 19 yang memperkenalakan kaedah rawatan menggunakan air bagi menyingkirkan bahan kumuh dan toksik daripada badan.
Aktiviti pergerakan di dalam air lebih mudah dilakukun berbanding di darat kerana dibantu daya apungan air. Aktiviti terapi air turut dikenali sebagai hidro, terapi akua atau terapi kolam yang boleh memanfaatkan kepada kanak-kanak bekeperluan kahs bagi meningkatkan keupayaan mereka dari aspek fizikal, mental, eemosi, dan sosial dapat dirangsang secara serentak.
Kesimpulannya, terapi air merupakan satu bidang yang luas bertujuan untuk mengembali, memelihara, dan memulihkan kedaan emosi, fizikal, psikologi, dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal.
No comments:
Post a Comment