Pendidikan Khas adalah kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kekurangan upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran PdP, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Kurikulum untuk Pendidikan Khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi murid-murid keperluan khas. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mahukan sistem pendidikan di negara kita boleh melahirkan pelajar yang produktif dan kreatif.
Terdapat pelbagai definisi tentang Pendidikan Khas. "Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran kerana masalah penglihatan, pertuturan dan pendengaran serta masalah dalam pembelajaran, atau pun murid-murid yang pintar-cerdas yang memerlukan pendidikan yang lebih mencabar" (Sang, 2000).
No comments:
Post a Comment