SK
SULTAN ABDUL AZIZ,
KAMPUNG KUANTAN,
45600 KUALA SELANGOR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
KERTAS
KERJA:
PROGRAM TERAPI PASIR,
“BENGKEL PENGALAMAN
MENGGUNAKAN PASIR KE PANTAI MORIB”
ANJURAN
KELAB GURU-GURU PENDIDIKAN
KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
TARIKH
DAN HARI
24 SEPTEMBER 2014 (RABU)
TEMPAT
PANTAI MORIB
1.0 PENGENALAN:
Berpegang kepada pepatah ‘jauh
berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’, maka Program
Pendidikan Khas Integrasi, SK Sultan Abdul Aziz telah bercadang untuk
mengadakan lawatan sambil belajar ke Pantai Morib. Selain menjadi program tahunan,
ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi
pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar istimewa.
Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk
berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran
yang lebih memberangsangkan minat pelajar.
Sebagai
pelajar yang telah menjejaki kaki ke alam persekolahan, mereka akan mengalami
krisis dan tekanan dalam kehidupan seharian. Di era globalisasi ini,
menyukarkan pelajar bekeperluan khas membuat pertimbangan dan penyesuaian tanpa
dibantu dan dibimbing iaitu ingin berdikari dalam apa jua bidang. Pada ketika
ini, pelajar bekeperluan khas juga boleh berada dalam keadaan yang meragukan
jika tidak dikawal. Justeru itu, pihak sekolah haruslah memainkan peranan yang
penting dalam membantu remaja ini dimana yang baru melangkah ke sekolah untuk
mengetahui perkembangan yang bakal dihadapi dalam membina masa depan yang
cemerlang.
Pelaksanaan program Pendidikan Khas memerlukan guru yang
profesional dan berketerampilan dalam pelbagai aspek bagi menyahut cabaran
pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu, pengalaman sesebuah organisasi khususnya
dalam bidang pendidikan khas amatlah penting untuk memberi pendedahan yang
meluas dalam membentuk insan guru yang profesional, berkemahiran dan
berpengetahuan luas. Di samping itu, program ini bertujuan untuk mendedahkan
pelajar mengecapi pengalaman sebenar kepada guru-guru pelatih mengenai dunia
Pendidikan Khas yang sebenar terutamanya dalam bidang terapi.
2.0 TAJUK:
Bengkel
Pengalaman Menggunakan Pasir
3.0 DIKELOLAKAN OLEH:
Guru-guru Unit
Pendidikan Khas SK Sultan Abdul Aziz, Kampung Kuantan
4.0 ASAS PERTIMBANGAN:
Bengkel
pengalaman menggunakan pasir merupakan program yang bertujuan untuk memenuhi keperluan terapi pasir kepada pelajar
serta berkelah dan dapat belajar tentang alam semulajadi yang dicipta oleh
Tuhan.
5.0 RASIONAL:
Terapi pasir adalah satu bentuk bengkel pengalaman (experiental)
menggunakan pasir, yang memberi peluang kepada pelajar meneroka hal-hal yang
berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam. Aktiviti ini yang
kebiasaannya berbentuk permainan atau bukan permainan, boleh dikatakan sama ada
di kawasan yang berpasir seperti pantai, tepi sungai atau lombong.
Terapi
ini melibatkan aktiviti seperti menjalankan penilaian berstruktur kepada
kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam kemahiran motor kasar dan motor halus.
Bengkel
pengalaman menggunakan pasir ini dilakukan melalui aktiviti-aktiviti permainan
atau bukan permainan iaitu ianya dilaksanakan secara terancang. Aktiviti
menggunakan pasir ini adalah sebagai salah satu cara terapi yang digunakan bagi
memperbaiki masalah-masalah yang dihadapi oleh murid bekeperluan khas dari
pelbagai aspek perkembangan diri iaitu fizikal, mental, emosi, sosial dan aspek
perkembangan diri yang lain.
Selaras dengan hasrat Negara untuk
memasyarakatkan golongan berkeperluan khas di negara ini, maka program ini
diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar
pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk
berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan
seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi
inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik disamping
mengeratkan lagi silatur rahim di kalangan pelajar dengan pelajar, pelajar
dengan guru dan juga guru dengan guru.
6.0 MATLAMAT:
6.1 Matlamat
program adalah untuk melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, berwawasan
sesuai dengan visi dan misi sekolah
6.2 Memberi pengalaman kepada guru Pendidikan
Khas untuk merancang, mengurus dan
melaksanakan aktiviti terapi secara
praktikal.
6.3 Melalui bengkel pengalaman menggunakan pasir, pelajar dapat belajar tentang alam
semulajadi yang dicipta oleh Tuhan.
6.4 Memberi pendedahan sosial yang
dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi
kepada
pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik.
6.5 Pelajar dapat meluahkan perasaan yang terpendam dalam
diri mereka ketika aktiviti
terapi pasir dijalankan.
6.6 Pelajar akan memperoleh kemahiran motor kasar
dan motor halus yang dapat
membentuk otot-otot
tangan dan kaki mereka.
7.0 OBJEKTIF:
7.1 Memberikan pelajar pengalaman
meluahkan perasaan yang terpendam dalam diri
mereka ketika aktiviti
terapi pasir.
7.2 Membentuk
nilai seorang pelajar yang berkemampuan, berkemahiran dan
berpengetahuan luas dalam alam semesta.
7.3 Melahirkan para pendidik yang bersifat prihatin
dan empati terhadap insan di
sekeliling mereka.
7.4 Diharapkan program ini dapat
dijadikan sebagai landasan kepada pelajar-pelajar
pendidikan khas membina keyakinan diri melalui
aktivti sosial yang bersesuaian.
7.5 Dapat membuka minda pelajar-pelajar
pendidikan khas dengan suasana dan
pengalaman yang baru.
7.6 Dapat memberi keyakinan kepada
murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar
dan masyarakat.
7.7 Memberikan inspirasi kepada
pelajar dan guru dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran untuk pendidikan khas.
8.0 KUMPULAN
SASARAN:
![]() |
PERKARA
|
![]() |
1
|
Pelajar *
|
16 Orang
|
2
|
Guru Pendidikan Khas *
|
10 Orang
|
3
|
Pembantu (PPM) *
|
2 Orang
|
Jumlah
|
28 Orang
|
|
* Lampiran 1, 2 dan 3
|
9.0 TARIKH DAN
HARI:
24 September 2014 (Rabu)
10.0 TEMPAT:
Pantai Morib, Banting,
Selangor.
11.0 PENGANGKUTAN:
Semua guru dan pelajar akan
menaiki bas yang disewa khas.
12.0 JAWATANKUASA PELAKSANA:
Penaung : Tuan Haji Supardi Bin
Buniran
Pengerusi : Encik Abu Bakar B. Hashim
Naib
Pengerusi : Puan Julaidah Bt.
Abd Aziz
Setiausaha : Sharmiladevi A/P Selvarajoo
Bendahari : Cik Roslin Bt. Menu
AJK
Perhubugan : Puan Azlina Bt. Utoh
: Puan
Rohana Bt. Mokhtar
AJK
Pengangkutan : Puan Noor Asikin Bt.
Rashid
: Puan
Dalilah Bt. Mohamad
AJK
Cenderahati : Puan Rohana Bt.
Mokhtar
AJK
Makanan : Puan Dalilah Bt.
Mohamad
: Sharmiladevi
A/P Selvarajoo
AJK
Dokumentasi : Puan Mutmainah Bt.
Shaharom
: Sharmiladevi
A/P Selvarajoo
AJK Aktiviti
Riadah : Puan Normala Bt. Miswan
: Sharmiladevi
A/P Selvarajoo
AJK
Keselamatan : Puan Dalilah Bt.
Mohamad
: Puan
Normala Bt. Miswan
13.0 TENTATIF PROGRAM:
![]() |
AKTIVITI
|
8.45 pagi
|
Berkumpul di SK Sultan Abdul Aziz dan bergerak ke Pantai Morib
|
9.00 pagi
|
Sarapan pagi di kawasan R&R
|
10.00 pagi
|
Tiba di Pantai Morib
|
10.15 pagi
|
Penerangan mengenai terapi pasir dari guru Pendidikan Khas
|
10.45 pagi
|
Bengkel Pengalaman Menggunakan Pasir
|
12.00 tengahari
|
Pelajar berkumpul untuk makan tengahari
|
1.00 petang
|
Mandi manda di pantai
|
2.30 petang
|
Majlis perasmian penutup oleh Tuan Guru Besar serta penyampaian
cenderamata kepada semua pelajar dan guru pengiring yang telah mengiringi
para pelajar.
|
3.00 petang
|
Lawatan sekeliling Pantai Morib
|
3.15 petang
|
Bersinggah di kedai cendera mata
|
5.00 petang
|
Bertolak balik ke SK Sultan Abdul Aziz
|
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN:
![]() |
PERKARA
|
KUANTITI
|
JUMLAH
|
1
|
Bas (Sumbangan PIBG)
|
1 x RM 1500.00
|
RM 1500.00
|
2
|
Pakej Makanan & Riadah (Tanggung Sendiri)
|
16 x RM 15.00 (Pel)
12 x RM 20.00 (Guru)
|
RM 240.00
RM 240.00
|
3
|
Senarai Barang Dan Peralatan * (Sumbangan Tuan Guru Besar)
|
RM 120.00
|
RM 660.00
|
4
|
Cenderamata * (Sumbangan Guru Pendidikan Khas)
|
16 x RM 5.00
12 x RM 6.00
1 x RM
10.00
|
RM
162.00
|
Jumlah
|
RM 2802.00
|
||
*
|
* Lampiran 4 dan 5
|
15.0 PENUTUP:
Dengan adanya program lawatan sambil bengkel pengalaman
menggunakan pasir ini, diharap dapat memberi satu pengetahuan dan pengalaman
baru kepada pelajar-pelajar pendidikan khas SK Sultan Abdul Aziz. Melalui
program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya
boleh hayati dan dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman
ini juga boleh digunakan sebagai amalan dan panduan hidup pada masa hadapan
mereka. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti bengkel
lawatan ini.
Adalah
diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan kepada para guru dengan
menunjukkan erti kepatuhan dan memahami serta menghayati nilai etika keguruan.
Selain itu, diharapkan para guru dapat membina pemikiran yang positif dan
motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. Semoga segala aktiviti yang telah
dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.
Semoga program ini juga dapat memberi manfaat dan pengalaman kepada guru-guru
pelatih tentang peranan dan tanggungjawab mereka.
Disediakan oleh:
(SHARMILADEVI A/P SELVARAJOO)
Setiausaha,
Program Lawatan Sambil
Belajar,
SK Sultan Abdul Aziz,
Kampong Kuantan,
45600 Bestari Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Disemak oleh:
(Encik Abu Bakar B. Hashim)
Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas,
SK Sultan Abdul Aziz,
Kampong Kuantan,
45600 Bestari Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Disokong oleh:
(Tuan Haji Supardi Bin Buniran)
Guru Besar,
SK Sultan Abdul Aziz,
Kampong Kuantan,
45600 Bestari Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Diluluskan oleh:
(PUAN SUHANA BT. MISRO @ MISROH)
Guru Penolong Kanan
Kokurikulum,
SK Sultan Abdul Aziz,
Kampong Kuantan,
45600 Bestari Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Lampiran 4 dan 5
Senarai
Bararangan Dan Peralatan Harga
·
Tag Nama
yang agak Besar RM
28.00
·
Tali Tag RM
14.00
·
Topi RM
140.00
·
Payung RM
280.00
·
Tikar
Mengkuang RM
50.00
·
Alat
Permainan – Pepatung Askar/ Binatang RM
80.00
·
Marker RM 10.00
·
Pen RM
10.00
·
Tali Rafia RM
18.00
·
Kertas A4 RM
20.00
·
Masking tape RM
10.00
JUMLAH BESAR
: RM 660.00
Cenderamata
·
Murid
·
Guru
·
Guru Besar
JUMLAH BESAR
: RM 162.00
No comments:
Post a Comment