Terapi Muzik

Muzik adalah seni bunyi atau media yang melibatkan penggunaan alatan muzik atau suara. Elemen muzik ialah pic (pitch) yang membentuk melodi, diikuti dengan penghasilan irama iaitu berkait rapat dengan tempo, meter, artikulasi, dinamik, warna ton, dan tekstur. Muzik berasal dari perkataan Greek iaitu MOUSIKE.


Menurut ahli psikologi, otak manusia terbahagi kepada dua iaitu kanan dan otak kiri. otak kanan mengawal seluruh bahagian kiri anggota badan, manakala otak kiri pula mengawal seluruh bahagian kanan anggota badan manusia.


Terapi muzik merupakan salah satu bentuk rawatan atau usaha pemulihan bagi merawat penyakit atau gangguan mental dan fizikal, tanpa penggunaan dadah atau pembedahan medikal.


Terapi muzik adalah salah satu terapi yang ekspresif iaitu terdiri daripada proses interpersonal ketika pengamal terapi muzik menggunakan muzik dan semua aspek fizikal, emosi, mental, sosial, estetik dan rohani untuk membantu manambah baik atau mengekalkan kesihatan mereka. ia pada dasarnya membantu pesakit meningkatkan tahap kesihatan mereka merentasi pelbagai domain (fungsi kognitif, kemahiran motor, pembangunan emosi dan efektif, tingkah laku dan kemahiran sosial serta kualiti hidup) dengan menggunakan pengalaman muzik bagi mencapai matlamat dan objektif rawatan. 

Kanak-kanak boleh mendengar muzik untuk terapi, tetapi tidak semua memerlukan sentuhan terapi muzik. Kanak-kanak yang mengalami "mood disorder" boleh dirujuk kepada pengamal terapi muzik, tetapi terlebih dahulu mestilah melalui saringan untu memastikan respon memudahkan pengamal terapi menyediakan perancangan yang sesuai kepada mereka.




No comments:

Post a Comment