Terapi pasir adalah satu bentuk bengkel pengalaman (experiental) menggunakan pasir, yang memberi peluang kepada individu meneroka hal-hal yang berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam. Aktiviti ini yang kebiasaannya berbentuk permainan atau bukan permainan, boleh dikatakan sama ada di kawasan yang berpasir seperti pantai, tepi sungai atau lombong. Selain itu, ia juga boleh dilakukan di dalam kelas melalui penggunaan bekas atau dulang yang diisi dengan pasir di luar kelas. Aktiviti pasir juga boleh dilakukan di sebuah kawasan yang dibina khas untuk murid-murid menjalankan aktiviti pasir.
Bengkel pengalaman menggunakan pasir ini dilakukan melalui aktiviti-aktiviti permainan atau bukan permainan iaitu ia dilaksanakan secra terancang atau tidak terancang. Aktiviti menggunakan pasir ini adalah sebagai salah satu cara terapi yang digunakan bagi memperbaiki masalah-masalah yang dihadapi oleh murid bekeperluan khas dari pelbagai aspek perkembangan diri iaitu fizikal, mental, emosi, sosial dan aspek perkembangan diri yang lain.
Melalui kajian dan pemerhatian yang dibuat oleh Dora Kalff (1950-1960) berdasarkan apa yang diperkatakan oleh CJ Jung mendapati bahawa, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan yang terpendam ketika aktiviti terapi pasir dijalankan. Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir, menyebabkan kanak-kank lebih fokus dan akhirnya, faktor sebenar kemarahan atau ketegangan dapat diluahkan. Menurut Dora Kalff lagi, aktiviti terapi pasir ini dapat memberi ruang kepada kanak-kanak untuk berekspresi serta meningkatkan daya imeginasi mereka. Berdasarkan hasil kajian aktiviti terapi pasir akan dapat membantu murid mengurus tekanan, meluahkan perasaan, dan secara tidak langsung ia turut membina keyakinan diri murid-murid.
Menurut Pakar Psikologi Kanak-kanak di Pusat Psikologi Malaysia, Doktor Mark Pearson, "adaptasi kegemaran kanak-kanak seperti bermain pasir dan barang permainan secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka meluahkan apa yang terbuku dalam hati tanpa paksaan". Penggunaan terapi permainan pasir, membuatkan kanak-kanak lebih tenang dan mereka akan berfikir melakukan sesuatu mengikut daya kreativiti mereka. Ia juga dapat meningkatkan kuasa menagani perasaan marah atau tidak puas hati yang ada dalam diri mereka.
Di samping itu, aktiviti terapi pasir dapat melatih murid memperkembangkan potensi diri dari aspek kognitif, komunukasi, psikomotor, sosial dan efektif secara menyeluruh, sama ada disedari atau tidak. Penggunaan kaedah terapi pasir dalam pendidikan khas merupakan salah satu aktiviti alternatif bagi mencapai dan memenuhi keperluan murid bekeperluan khas mencapai perkembangan menyeluruh diri mereka selaras dengan FPK (Falsafah Pendidikan Khas).

No comments:
Post a Comment