Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah berdasarkan daripada konsep kepelbagaian kategori individu bekeperluan khas. Secara umumuya, murid-murid bekeperluan khas sama ada yang kurang upaya, cacat serta mempunyai halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Justeru itu, salah satu kaedah terapi yang dapat membantu murid bekeperluan khas mencapai perkembangan di atas adalah melalui terapi seni.
Mozek
Terapi seni merupakan salah satu unsur teraputik iaitu boleh membantu murid yang mengalami masalah tekanan perasaan (stress) dengan melakukan aktiviti seni. Hasil seni yang dihasilkan bukan sahaja memiliki seribu makna, malah ia turut mampu meluahkan perasaannya melalui hasil seni tersebut. Justeru itu, seni lukis adalah salah satu daridapa jenis terapi yang membantu pesakit yang berhadapan dengan psikotik. Terapi seni yang diajar kepada murid bereperluan khas adalah satu proses untuk mengembangkan bakat serta potensi dan ia boleh diintegrasikan merentasi subjek (Mason, Thormann, & Steedly, 2004).
Stensilan
Secara umumnya, terapi seni yang diterapkan dalam kemahiran terapi ini seiring dengan kemahiran pendidikan seni yang bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif, dan inventif. Kandungan kesenian berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, seni serta warisan, bangsa dan dapat menyumbang ke arah pembanggunan diri, masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan.
Mozek
Oleh itu, terapi seni sesuai diaplikasikan kepada kanak-kanak bekeperluan khas bagi memahami dan menggembangkan bakat dan potensi diri, khususnya dalam bidang seni. Kanak-kanak khas mempunyai keupayaan belajar yang sama dengan kanak-kanak normal yang lain, cuma mereka hanya lambat untuk mencapai apa yang dipelajari dan didapati di persekitaran mereka. Manakala, terapi seni dalam pendidikan khas merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid bekeperluan khas menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu perinkat yang lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment