Terapi cara kerja yang dibantu oleh ahli terapi cara kerja, adalah sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Ia bertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiviti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah.
Terapi ini merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.
Terapi cara kerja melibatkan penilaian fungsi kognitif dan persepsi mangsa strok, kebolehan menjalankan tugas harian seperti berjalan, mandi, memakai baju, makan dan membuat kerja rumah. Memandangkan skop yang luas ini, terdapat sedikit pertindihan dengan tugas ahli fisioterapi dan ahli patologi pertuturan; secara ideal, semua ahli terapi perlu bekerja secara kumpulan dengan mangsa strok.
Terapi cara kerja melibatkan latihan semula otak mangsa strok untuk menyesuaikan diri kepada kekurangan yang disebabkan oleh strok. Untuk menjalankan tugas-tugas kehidupan harian dengan paling berkesan, dengan cermat untuk mengelakkan kecacatan atau komplikasi. Contohnya, cara yang betul membantu mangsa strok bangun dari katil, duduk, masuk ke dalam kereta dsb tanpa mengabaikan bahagian tubuh yang terjejas, kerana ini boleh menambah kekakuan dan kesakitan.
No comments:
Post a Comment